De Quervain Syndrome?

Apa itu De Quervain Syndrome?
Sindrom De Quervain adalah antara keadaan yang paling biasa yang menyebabkan sakit di pangkal ibu jari. Dua tendon yang terlibat adalah extensor pollicis brevis dan abductor pollicis longus. Tendon bersalut dalam “sarung” atau terowong di pergelangan tangan.

Punca?
Ia boleh berlaku secara beransur-ansur atau tiba-tiba apabila tendon menjadi bengkak atau menebal hasil penggunaan berulang-ulang menyebabkan kesukaran pergerakan melalui terowong yang disalutinya. Bengkak pada tendon dan sarung tendon, boleh menyebabkan kesakitan dan ketegangan di sepanjang pangkal ibu jari.
Rasa sakit bertambah teruk;
Sakit akan meningkat apabila membuat genggaman pada jari tangan, menggenggam sesuatu atau apabila memusing pergelangan tangan.

Mari lakukan ujian De Quervain Syndrom
Tegakkan tangan dan gengam dalam keadaan ibu jari seperti di dalam gambar.
Perlahan-lahan bengkokkan pergelangan tangan ke bawah.
Ujian positif De Quervain Syndrome sekiranya berasa sakit di Kawasan seperti dalam gambar.