KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (Peringkat Zon Selatan 2023)

Kehadiran Istimewa Kami Semalam! 

SEMALAM, kami telah menyertai Pameran Kesihatan dan Kerjaya dalam Karnival Pendidikan dan Kerjaya Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan 2023 di Dewan Seri Karyawan, Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ), Kluang. Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa dan memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu, inspirasi, dan pengetahuan tentang bidang Fisioterapi.
Hadir dengan satu matlamat utama – untuk mendedahkan cabang-cabang kerjaya dalam Fisioterapi – kami berpeluang bertemu dengan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Zon Selatan dan juga individu yang berminat dalam bidang ini. Antara perkara menarik yang kami kongsikan adalah demonstrasi terapi fizikal, pameran alat-alat terapi moden, serta menjawab soalan-soalan berkaitan kerjaya Fisioterapi.
Kami berbesar hati dengan sambutan yang hangat dan minat yang diperlihatkan oleh semua peserta. Ini adalah langkah positif dalam menggalakkan minat dalam bidang Fisioterapi di kalangan pelajar sekolah dan individu yang mencari peluang kerjaya yang bermanfaat.
Terima kasih atas jemputan SMSJ dan kepada semua yang hadir semalam. Kami berharap bahawa kami telah memberikan inspirasi dan maklumat bermanfaat tentang kerjaya Fisioterapi. Tetap berhubung dengan kami untuk lebih perkongsian ilmu dan peluang-peluang menarik di masa hadapan!