Episodes Physio Rehab

KEJAYAAN TERKINI EPISODES PHYSIO REHAB DI IPEF 2023

Kami dengan bangganya ingin berkongsi berita gembira! Minggu lepas, Episodes Physio and Rehab telah menyertai Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa 2023 (IPEF 2023) yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 11 hingga 13 Oktober.
 
𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 ‘𝐓𝐨𝐩 𝟓’ 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧. Kejayaan ini adalah pengiktirafan kepada komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit-pesakit yang memerlukan pemulihan. Terima kasih kepada pasukan Episodes Physio and Rehab yang telah berusaha keras, dan juga kepada semua pelanggan setia kami.
 
Kejayaan ini adalah milik kita bersama! Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua individu yang telah memberikan sokongan kepada Episodes Physio and Rehab. Tanpa sokongan anda semua, pencapaian ini tidak mungkin tercapai. Jom kita terus bersama-sama dalam perjalanan untuk membantu lebih ramai yang memerlukan rawatan pemulihan. Teruskan doa dan sokongan anda kepada kami! .
 
#EpisodesPhysioRehab #IPEF2023 #KejayaanTerbaru #TerimaKasihKeranaMendukung