Episodes Physio Rehab

PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 & PPKI SEK. KEB. PESERAI BATU PAHAT JOHOR 8 FEBRUARI 2024

TAHNIAH BUAT GRADUAN TAHUN 6

 

Team Marketing AlQarni telah membawakan 3 entiti kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan oleh L’Medina Clinic, penilaian fisioterapi yang didatangkan khas dari Episodes Physio Rehab dan konsultasi pergigian oleh Pakar Bedah Mulut Klinik Pergigian L’Medina, Dr Siti Salmiah.

 Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan secara percuma kepada para guru dan ibu bapa sempena MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SEK. KEB. PESERAI yang berlangsung pada 8 FEB 2024. 

Sambil meraikan kejayaan dan melakar kenangan, kami turut memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam mendukung misi sekolah sihat sejahtera dan kolaborasi istimewa bersama Program Pendidikan Khas Integrasi.

 Ditampilkan personaliti Doktor Ikonik , Dr Mohd Syarif b. Abd Wahab yang turut merasmikan majlis dan menyampaikan anugerah kepada 109 graduan. 

“Para graduan tidak hanya belajar tentang matapelajaran semata-mata, tetapi juga tentang nilai-nilai penting seperti adab, persahabatan, kerjasama dan kejujuran, dan saling memerlukan demi perkembangan modal insan”, katanya.