Episodes Physio Rehab

SAJ HR ROADSHOW • EPISODES PHYSIO REHAB 2023 - BATU PAHAT

Pada 14 SEPTEMBER 2023, Episodes Physio Rehab sekali lagi diundang untuk menyertai pameran kesihatan sempena 
 
PAMERAN KESIHATAN DAN PEMERIKSAAN FISIOTERAPI DALAM PROGRAM HR ROADSHOW 2023 ANJURAN RANHILL SAJ BATU PAHAT BERTEMPAT DI THE KATERINA HOTEL BATU PAHAT. 
 
Antara staf cawangan terlibat dalam program ini adalah  dari daerah Batu Pahat dan Kluang. Objektif utama adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran ergonomik di tempat kerja, selain memperkenalkan beberapa rangkaian fasiliti kesihatan AlQarni Meditech Sdn Bhd seperti L’Medina Clinic dan Klinik Pergigian L’Medina.
 
Pelbagai aktiviti diadakan di booth Episodes seperti:
ℹ Pemeriksaan Fisioterapi PERCUMA
ℹ Demonstrasi rawatan dan peralatan ultrasonic/IFT
ℹ Pemberian baucar diskaun 30%
 
Semua peserta dan anggota yang terlibat turut menyokong dan menyambut baik program ini terutamanya di booth Episodes, yang menjadi medium dalam penyampaian kesedaran fisioterapi kepada masyarakat. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ranhill SAJ, dan diharap program ini dapat menjalinkan kerjasama antara dua pihak dalam menjaga kualiti kesihatan dan kebajikan pekerja.