Episodes Physio Rehab

Sakit Bahu?

SEBAB SAKIT BAHU

KEKAKUAN BAHU (FROZEN SHOULDER)
Antara simptom untuk keadaan ini adalah:

  • Rasa sakit bahu yang teruk
  • Terhad dalam jurang pergerakan sendi bahu, seakan-akan kaku

KECEDERAAN OTOT
Kecederaan kepada otot-otot bahu bukan sahaja akan mengganggu pergerakan bahu, ia juga menjadi punca sakit bahu dan ketidakselesaan yang berpanjangan.

Kecederaan otot boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu: –

  • Keradangan tendon (tendinitis)
  • Keradangan bursa (bursitis)
  • Otot-otot bahu terkoyak

OSTEOARTRITIS SENDI BAHU
Ia boleh disebabkan oleh faktor primer (genetik, usia dan jantina) atau faktor sekunder seperti sejarah kecederaan otot-otot RC, jangkitan, kecederaan sukan dan juga bahu terkehel.

TERKEHEL
Apabila terkena impak yang kuat kepada bahu, tulang humerus boleh terkehel dan
terkeluar daripada soket sendi bahu.