Trigger Finger

Trigger Finger adalah satu pen- yakit jari yang am dialami. Puncanya disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Ini akan menyebabkan kesakitan, bunyi “pop”, dan kehilangan pergerakan jari yang terjejas.
Gejala Trigger Finger
- Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok
- Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.
- Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, teruta- manya pada waktu pagi.
Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang beng- kok.
Fisioterapi : Cadangan Rawatan
1. Urutan

Lakukan urutan di tempat yang mempunyai bon- jolan bagi memudahkan aliran darah ke baha- gian tersebut, Ia akan melicinkan sendi dan memudahkan pergerakkan. Mula dengan urutan dalam arah melintang. Kemudian dalam arah membulat. Teruskan urut selama dua hingga tiga minit dan diikuti oleh senaman mobilisasi.
2. Air sejuk

Haba dan terapi sejuk digunakan untuk mening- katkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan. Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang menyebabkan ketidakselesaan.Anda boleh rendam tangan anda ke dalam air sejuk selama 10- 15 minit untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan.
3. Senaman

Letakkan tangan anda di atas permukaan yang kukuh. Secara Perlahan-lahan memis- ahkan semua jari sehingga boleh rasa sedikit regangan. Tahan regangan tersebut selama 10 saat. Ulang 10 kali.