Episodes Physio Rehab

JAGA POSTUR, SAKIT BELAKANG & PERKEMBANGAN ANAK: PROGRAM KESIHATAN L’PISODES PHYSIOTHERAPY DEKATI KOMUNITI SEKOLAH MELALUI PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN

Pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), pasukan L’Pisodes Physiotherapy telah dijemput menyertai Program Hari Keusahawanan SK Taman Universiti 3.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru, ibu bapa dan pelajar tentang kepentingan kesihatan fizikal dan perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti interaktif dan ceramah kesihatan.

Antara pengisian utama ialah sesi taklimat kesihatan oleh Therapist Fadzilah, yang membincangkan tentang penjagaan postur badan, punca sakit belakang, serta persekitaran ergonomik dalam kehidupan seharian. Peserta diajar cara mengenal pasti postur yang betul dan langkah mudah untuk mengelakkan ketegangan otot akibat posisi duduk atau berdiri yang tidak sesuai.

Selain itu, sesi Child Rehab Bersama Pn Farhana, Ahli Terapi Carakerja (Occupational Therapist) turut menarik perhatian ramai. Perkongsian ini memberi kesedaran kepada ibu bapa dan guru mengenai masalah perkembangan kanak-kanak seperti autisme, ADHD, dan kelewatan perkembangan, serta kepentingan pengesanan awal dan intervensi profesional bagi membantu anak mencapai potensi maksimum.

Program ini turut diserikan dengan demonstrasi teknologi rehabilitasi, di mana pengunjung berpeluang melihat bagaimana peralatan moden digunakan dalam rawatan fisioterapi dan terapi kanak-kanak. Booth saringan kesihatan dan fisioterapi juga mendapat sambutan menggalakkan, dengan ramai yang mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan postur dan saringan perkembangan anak.

L’Pisodes Physiotherapy turut menawarkan voucher rawatan bernilai istimewa sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung, sekaligus memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk merasai sendiri pengalaman rawatan profesional di pusat fisioterapi kami.

Kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak SK Taman Universiti 3 atas jemputan dan sambutan mesra sepanjang program ini berlangsung. Melalui usaha sebegini, L’Pisodes Physiotherapy berhasrat untuk terus mendekati masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal serta perkembangan anak-anak sejak usia awal.