Episodes Physio Rehab

L’Medina Clinic & Episodes Physio Rehab Jayakan Taklimat Kesihatan Bersama MPBP — Penilaian dan Demonstrasi Fisioterapi Holistik

Batu Pahat, 10 September 2025 — L’Medina Clinic cawangan Batu Pahat (klinik panel MPBP) bersama rakan kongsi kami, Episodes Physio Rehab, berbesar hati menerima jemputan daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) untuk menyertai program taklimat kesihatan dan booth pemeriksaan fisioterapi secara PERCUMA khas untuk warga MPBP. Sepanjang sesi ini pasukan kami telah berkongsi ilmu praktikal berkaitan penjagaan kesihatan pekerjaan dan pencegahan kecederaan muskuloskeletal khususnya masalah leher, bahu, belakang dan sakit sendi yang kerap dialami ketika tugasan harian. Antara aktiviti di booth:

  • Taklimat kesihatan ringkas berkaitan pencegahan kecederaan tempat kerja.
  • Pemeriksaan fisioterapi ringkas dan saringan postur.
  • Cadangan langkah ringkas (home exercise) untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi.
  • Rujukan lanjut jika diperlukan untuk sesi terapi penuh atau rawatan tambahan.
  • Ruang soal jawab tanya terus kepada ahli fisioterapi kami.

Program ini dikendalikan oleh pasukan profesional daripada Episodes Physio Rehab yang berpengalaman dalam rawatan fisioterapi dan rehabilitasi. Kami komited untuk memberikan khidmat yang mesra, berilmu dan berfokus kepada keperluan pekerja MPBP.

Pekerja yang aktif melakukan tugas harian berisiko mengalami masalah muskuloskeletal yang boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup. Intervensi awal melalui saringan dan pendidikan mudah mampu mengurangkan masalah kronik, memendekkan tempoh cuti sakit, dan meningkatkan kesejahteraan staf.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat atas jemputan dan kepercayaan untuk bersama menjayakan program ini. Kami amat menghargai peluang berinteraksi terus dengan warga MPBP dan berharap program ini memberi manfaat dalam kesejahteraan warga MPBP.