Episodes Physio Rehab

Taklimat Kesedaran Kesihatan dan Penilaian Fisioterapi Bersama Komuniti Madani

Batu Pahat | 20 Julai 2025 (Ahad) – Episodes Physio Rehab dan L’Medina Clinic bersama-sama dalam Program JOM@Komuniti MADANI, bertempat di Jabatan Penerangan Daerah Batu Pahat, yang disertai oleh ahli Komuniti Madani Senggarang Utara.

Sebagai pusat rawatan dan pemulihan fisioterapi yang komited dalam meningkatkan tahap kesedaran kesihatan masyarakat, kami berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan penjagaan kesihatan otot dan sendi melalui taklimat bertajuk Kesedaran Fisioterapi Dalam Menangani Masalah Otot, Sendi & Postur Harian.

Para peserta berpeluang untuk:
• Memahami tanda-tanda awal masalah otot dan sendi
• Mengetahui kepentingan postur badan yang betul dalam kehidupan seharian
• Mempelajari teknik senaman mudah oleh jurupulih kami
• Bertanya terus kepada jurupulih berpengalaman berkenaan masalah fizikal
• Demonstrasi peralatan rehabilitasi mudah alih seperti TENSE dan Ultrasound.
• Mendapatkan pemeriksaan gula dan tekanan darah percuma.

Ramai peserta meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa kesakitan yang sering dianggap ‘biasa’ seperti sakit belakang, leher tegang, atau lenguh lutut sebenarnya boleh dicegah dan dirawat dengan intervensi fisioterapi yang betul.

 Taklimat kesihatan tadi yang telah disampaikan oleh Saudara Siddiq, juruterapi Episodes Physio Rehab telah mendapat perhatian peserta apabila menerangkan masalah yang biasa diterima di pusat rawatan yang berpunca dari aktiviti harian tanpa kita disedari.

Kami di Episodes Physio Rehab dan L’medina Clinic percaya bahawa ilmu kesihatan patut sampai kepada semua lapisan masyarakat, dan melalui program seperti ini, kita mampu mendekati komuniti serta memberi impak positif kepada kualiti hidup mereka.

 Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan khas kepada En. Jamil, Pengerusi Komuniti Madani Senggarang Utara, atas sokongan padu beliau dalam menjayakan program komuniti, dan Pn. Musliha Biti Yusof, Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat, atas kerjasama erat dalam mementuk Komuniti Madani yang sihat.

🎯 Ingin jemput kami ke komuniti anda?
Hubungi kami atau terus ke pusat rawatan kami untuk kerjasama program komuniti seterusnya.

💙 Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang hadir.
Kami akan terus menyokong usaha membina Komuniti Madani yang sihat dan berpengetahuan melalui fisioterapi!

#episodesphysiorehab #komunitimadani #fisioterapi #kesedarankesihatan #BatuPahat #JabatanPenerangan #peneranganBP