RHB Community Day 2026 di Batu Pahat Meriah Dengan Pemeriksaan Kesihatan dan Penilaian Fisioterapi Percuma
10 Jun 2026, RHB Taman Flora Batu Pahat telah menganjurkan RHB Community Day 2026. Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang ini berjaya menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat kesihatan serta pemeriksaan awal secara professional sambil berurusniaga dan rebut peluang hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak mereka.
Episodes Physio Rehab Batu Pahat dan L’Medina Clinic yang juga rakan kesihatan rasmi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada para pengunjung pada kali ini diundang untuk menyertai program berkenaan bagi memberi kesedaran dan kepentingan fisioterapi kepada pelanggan setia mereka.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan penilaian fisioterapi ringkas bagi mengenal pasti masalah berkaitan otot, sendi, postur badan dan pergerakan harian. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk mendapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi mengenai masalah sakit leher, sakit bahu, sakit belakang serta ketidakselesaan akibat pekerjaan yang memerlukan duduk terlalu lama.
Selain itu, L’Medina Clinic turut menawarkan pemeriksaan kesihatan asas bagi membantu masyarakat memahami tahap kesihatan semasa mereka dan mendapatkan panduan awal untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Program seperti ini amat penting kerana ramai individu hanya mendapatkan rawatan apabila masalah menjadi lebih serius. Melalui pemeriksaan awal, risiko komplikasi kesihatan dapat dikurangkan dan rawatan yang sesuai boleh dimulakan lebih awal.
Pengenalan Pakej Sauna Terbaharu Dengan Lymphatic Drainage Therapy dan Sports Massage
Salah satu tarikan utama semasa RHB Community Day 2026 adalah promosi eksklusif daripada Episodes Physio Rehab yang memperkenalkan pakej sauna terbaharu yang menggabungkan tiga elemen pemulihan dan kesejahteraan badan dalam satu sesi.
Pakej tersebut merangkumi:
- Sauna Therapy
- Lymphatic Drainage Therapy
- Sports Massage
Gabungan rawatan ini direka untuk membantu melancarkan sistem limfa, mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah serta mempercepatkan proses pemulihan badan selepas aktiviti fizikal atau rutin kerja yang mencabar.
Pihak kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir terutamanya kepada Pn. Vanmalar a/p Narayanasamy, Pengurus Cawangan RHB Taman Flora Batu Pahat, atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan fisioterapi profesional, rehabilitasi kecederaan, sports massage atau program pemulihan kesihatan, Episodes Physio Rehab sentiasa bersedia membantu melalui rangkaian cawangannya di sekitar Johor dan Kajang.