Rawatan Fisioterapi
Mungkin Dilindungi Polisi Anda
| Episodes Physio Rehab Kluang
KLUANG, 24 November 2026 – Episodes Physio Rehab Kluang membuka mata warga KWSP Kluang tentang kepentingan fisioterapi dan peluang mendapatkan perlindungan rawatan melalui polisi yang tersedia melalui Program Workplace Wellness & Physiotherapy Day 2026 yang berlangsung di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kluang. Program ini bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti kesihatan telah disediakan kepada warga kerja KWSP Kluang, antaranya:
Penilaian Fisioterapi – Pemeriksaan awal bagi mengenal pasti masalah otot, sendi dan pergerakan badan.
Semakan Kelayakan Perlindungan Fisioterapi – Membantu peserta menyemak kelayakan perlindungan bagi mendapatkan rawatan fisioterapi.
Taklimat Kesihatan – Perkongsian ilmu berkaitan penjagaan kesihatan dan pencegahan masalah muskuloskeletal di tempat kerja.
Klinik Bergerak – Perkhidmatan dispensari ubat bagi memudahkan warga kerja mendapatkan kemudahan kesihatan oleh L’Medina Clinic Batu Pahat.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Episodes Physio Rehab Kluang dalam membawa perkhidmatan rehabilitasi dan kesedaran kesihatan lebih dekat kepada komuniti serta organisasi korporat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pasukan KWSP Kluang atas jemputan, kerjasama dan sambutan yang diberikan.
Semoga seluruh warga kerja KWSP Kluang terus bekerja dalam persekitaran yang selamat, sihat dan produktif.
Tonton video program kami di sini: https://vt.tiktok.com/ZSsrF4e8e/