Workplace Wellness & Physiotherapy Day 2026:
Membawa Perkhidmatan Fisioterapi Lebih Dekat kepada Warga Kerja Menara TM
KUALA LUMPUR, 16 & 17 November 2026 – L’Pisodes Physiotherapy (Kajang) telah berjaya menganjurkan program Workplace Wellness & Physiotherapy Day 2026 di Physio Room, Menara TM Bangsar selama dua hari dengan sambutan yang amat menggalakkan.
Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk konsultasi doktor, penilaian dan rawatan fisioterapi secara on-site full session dan serta sports massage.
Menariknya, peserta turut berpeluang menyemak kelayakan perlindungan manfaat perubatan bagi mendapatkan rawatan fisioterapi berdasarkan terma dan kelulusan penyedia manfaat masing-masing.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal di tempat kerja, khususnya dalam menangani masalah lazim seperti sakit leher, bahu, pinggang dan ketegangan otot akibat rutin pekerjaan.
L’Pisodes Physiotherapy merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Dr Shaffiq Ahmed dan Klinik Menara TM atas kesudian bekerjasama serta memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Menara TM Bangsar dan seluruh warga kerja yang memberikan sambutan luar biasa.
Dua hari yang membahagiakan dan penuh bermakna! Semoga kerjasama ini dapat diteruskan melalui lebih banyak inisiatif Corporate Wellness pada masa akan datang.
L’Pisodes Physiotherapy – Discover Hi-Tech Rehabilitation, Closer to You!