BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN FISIOTERAPI DAN APLIKASI GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK DALAM PENDEKATAN PEMULIHAN BUKAN INVASIF
Selamat Datang ke Episodes Physio Rehab
Bienvenido a Episodios Fisio Rehab
15 Feb 2024 | Episodes Physio Rehab telah menganjurkan satu bengkel untuk memantapkan kemahiran fisioterapi dan aplikasi peralatan gelombang elektromagnetik secara holistik dalam pendekatan pemulihan bukan invasif. Seramai sembilan orang peserta yang terlibat merangkumi juruterapi, jurupulih cara kerja dan jurupulih sukan dari cawangan Batu Pahat dan Kluang menyertai bengkel ini.
Kami telah menjemput jurulatih terapi dan peralatan gelombang elektromagnetik yang didatangkan khas dari Sepanyol, Cristina Fernandez Contreras, di mana beliau telah berkongsi tips dan teknik lanjutan fisioterapi. Penggunaan gelombang elektromagnetik dalam rawatan pemulihan mampu meningkatkan aliran darah, merangsang pemulihan tisu yang cedera, dan mengurangkan kekakuan otot selain boleh diaplikasikan sebagai pengurusan parut pasca pembedahan.
Rawatan fisioterapi yang menggunakan gelombang elektromagnetik juga turut memberi cetusan idea dalam pengembangan perkhidmatan seperti pengurusan berat badan dan kecantikan. Bengkel yang diadakan selama sehari itu banyak memberi input kepada petugas terapi kami dan kami sedia memberi rawatan fisioterapi kepada anda.
Warga Kluang dan Batu Pahat umumnya perlu berbangga kerana mempunya fasiliti fisioterapi dan pemulihan moden dengan spektrum perkhidmatan yang meluas.
Catrina yang ditemubual semasa majlis berbuka puasa di kediaman Pengarah Syarikat juga kagum dengan teknologi yang digunakan dalam pusat fisioterapi rangkaian Alqarni Meditech Sdn. Bhd. kerana memperkenalkan kaedah dan teknologi bertaraf antarabangsa kepada komuniti luar bandar.
Manfaat bengkel ini juga akan turut dinikmati kepada pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dibawah Bantuan Perubatan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk menikmati rawatan fisioterapi dan pemulihan berteknologi tinggi.
“Kombinasi rawatan fisioterapi manual, urutan sukan/tradisional dengan bantuan gelombang elektromagnetik mampu mempercepatkan kadar pemulihan pesakit, sekaligus membuatkan pesakit rasa lebih selesa ketika proses rawatan fisioterapi,” kata Catrina.
FAHRULRAZI – ALQARNI MEDITECH SDN BHD