CAHAYA HARAPAN – Perkhidmatan Pemulihan Kanak-Kanak Melalui Program Bantuan Perubatan Baitulmal
---

CAHAYA HARAPAN – Perkhidmatan Pemulihan Kanak-Kanak Melalui Program Bantuan Perubatan Baitulmal
_______________________________________________________________________________________________
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memastikan akses rawatan pemulihan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan
• Membantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah mendapatkan rawatan pemulihan tanpa
kekangan kewangan.
• Mengurangkan jurang kesihatan dalam kalangan masyarakat dengan memberikan peluang rawatan yang sama
rata.
2. Menyediakan intervensi awal bagi kanak-kanak dengan keperluan khas
• Memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy, autism, ADHD, kelewatan
perkembangan, dan lain-lain.
• Meningkatkan keberkesanan terapi dan mempercepatkan perkembangan mereka ke arah kehidupan yang
lebih baik.
3. Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dan keluarga
• Membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka dalam aspek motorik, komunikasi, sosial, dan kognitif.
• Memberikan sokongan dan pendidikan kepada ibu bapa untuk memahami serta menguruskan keperluan anak dengan lebih berkesan.
4. Menyediakan rawatan pemulihan bersepadu dan holistik.
• Menggabungkan terapi fizikal, terapi pertuturan, terapi carakerja, dan rawatan sokongan lain untuk
perkembangan menyeluruh.
• Melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha pemulihan bagi memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang konsisten.
5. Membantu kanak-kanak berintegrasi dalam pendidikan dan masyarakat
• Memastikan kanak-kanak bersedia untuk memasuki sekolah dengan lebih baik melalui sokongan terapi yang mencukupi.
• Membantu kanak-kanak mengatasi cabaran mereka agar dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih berdikari dan berkeyakinan.
SKOP PROGRAM.
1. Rawatan pemulihan berkala seperti terapi fizikal dan terapi carakerja.
2. Sesi bimbingan untuk ibu bapa dan penjaga bagi membantu mereka memahami dan menyokong
perkembangan kanak-kanak.
3. Sokongan berterusan bagi kanak-kanak yang layak untuk rawatan jangka Panjang.
GOLONGAN SASARAN:
1. Kanak-kanak berusia tidak melebihi 12 tahun yang mengalami kelewatan perkembangan atau gangguan tertentu.
2. Keluarga berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan pemulihan.
3. Kanak-kanak yang disahkan memerlukan rawatan oleh doktor atau pakar.
PELAKSANAAN PROGRAM.
Fasa 1: Pendaftaran dan Penilaian
1. Ibu bapa mengemukakan permohonan bantuan perubatan kepada Baitulmal.
2. Kanak-kanak menjalani saringan perkembangan oleh pakar terapi.
Fasa 2: Rawatan dan Pemantauan
1. Kanak-kanak yang layak akan mengikuti sesi terapi yang ditetapkan.
2. Ibu bapa diberi bimbingan mengenai kaedah sokongan di rumah.
Fasa 3: Penilaian Keberkesanan
1. Penilaian berkala dilakukan untuk melihat perkembangan kanak-kanak.
2. Laporan perkembangan akan dikemukakan kepada pihak Baitulmal.
KOS DAN SUMBER PEMBIAYAAN
Program ini dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Baitulmal bergantung kepada keperluan pesakit. Kos meliputi:
• Saringan dan penilaian awal
• Sesi terapi (fisioterapi, terapi pertuturan, terapi carakerja)
• Bimbingan kepada ibu bapa
• Pemantauan perkembangan pesakit
MANFAAT PROGRAM:
1. Kos rawatan lebih berpatutan atau percuma
• Bantuan Baitulmal mengurangkan beban kewangan ibu bapa dengan menampung sebahagian atau
keseluruhan kos rawatan.
• Membantu keluarga kurang berkemampuan mendapatkan rawatan berkualiti tanpa risaukan kos tinggi.
2. Akses kepada terapi profesional & komprehensif
• Kanak-kanak menerima rawatan daripada pakar terapi berpengalaman dalam bidang pemulihan kanak-kanak.
• Termasuk terapi pertuturan, fisioterapi, terapi carakerja, dan sokongan khas mengikut keperluan anak.
3. Rawatan awal mengelakkan masalah bertambah teruk
• Campur tangan awal meningkatkan peluang pemulihan dan perkembangan kanak-kanak.
• Mengelakkan kelewatan dalam pertumbuhan motorik, komunikasi, dan sosial yang boleh memberi kesan
jangka panjang.
4. Perkembangan holistik kanak-kanak
• Fokus kepada perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi kanak-kanak.
• Meningkatkan keyakinan diri serta kebolehan mereka untuk berdikari.
5. Sokongan berterusan untuk ibu bapa & keluarga
• Ibu bapa diberikan panduan, latihan, dan kaunseling untuk memahami keperluan anak mereka.
• Membantu keluarga menyesuaikan diri dan menyokong perkembangan anak dengan lebih berkesan.
6. Peluang pembelajaran & integrasi sosial
• Meningkatkan peluang anak untuk bersekolah dan berinteraksi dengan lebih baik dalam masyarakat.
• Membantu anak-anak dengan cabaran perkembangan untuk beradaptasi dalam persekitaran sekolah dan
harian.
7. Mengurangkan stres & beban emosi ibu bapa
• Dengan bantuan kewangan dan bimbingan, ibu bapa boleh lebih fokus kepada kesejahteraan anak tanpa
tekanan ekonomi.
• Mewujudkan suasana keluarga yang lebih positif dan harmoni.
LANGKAH – LANGKAH PERMOHONAN:
1. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan Borang Permohonan Bantuan Perubatan Baitulmal.
2. Sediakan dokumen sokongan yang telah disahkan, termasuk:
• Salinan MyKid dan Sijil Kelahiran anak.
• Salinan Kad Pengenalan (IC) ibu bapa/penjaga.
• Penyata gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan (bagi ibu bapa yang tidak bekerja).
• Surat rujukan daripada doktor/pakar yang mengesahkan keperluan rawatan pemulihan.
3. Serahkan borang permohonan beserta dokumen lengkap di pusat rehabilitasi berhampiran.
4. Pihak Pusat Rehabilitasi akan menghubungi ibu bapa setelah permohonan diluluskan dan Guarantee Letter
(GL) dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
_____________________________________________________________________________________________
🌟 CAHAYA HARAPAN – Program Pemulihan Kanak-Kanak melalui Bantuan Perubatan Baitulmal
.
Ibu bapa yang dikasihi, adakah anda risau tentang perkembangan anak anda? Kini, anda tidak lagi bersendirian! Program CAHAYA HARAPAN membuka jalan bagi kanak-kanak dengan Cerebral Palsy, ADHD, Autism, Disleksia serta kelewatan perkembangan untuk mendapatkan terapi pemulihan secara PERCUMA melalui Bantuan Perubatan Baitulmal. Pastikan anak anda mendapat peluang terbaik untuk pulih dan membesar dengan sihat!
.
📲 Whatsapp kami sekarang!
📱 https://wa.me/60146935709 (EPR Kluang)
📱 https://wa.me/60182786415 (EPR Masai)
📱 https://wa.me/60143075709 (L’Pisodes Child Rehab Tmn U Skudai)
.
✨ Bersama Kami Membina Masa Depan Lebih Cerah! ✨