PROGRAM KESIHATAN SEMPENA CLASSICAL FIESTA PROTON MPIRE MARKETING 10 OGOS 2024 – WE ARE JOINING THE VIBES

Previous
Next
PROTON MPIRE MARKETING BATU PAHAT telah menjemput team Alqarni Meditech untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada semua staf, pelanggan Proton dan orang awam dalam program Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-Kanak sempena CLASSICAL FESTA PROTON dalam bulan kemerdekaan ini.
.
Antara entiti yang terlibat adalah L’Medina Clinic, Episodes Physio Rehab dan Klinik Pergigian L’Medina.
.
Antara aktiviti yang kami jalankan pada program itu adalah pemeriksaan kesihatan percuma, sesi meet and greet bersama Dr Siti Salmiah yang merupakan doktor pakar bedah mulut dan maksilofasial Klinik Pergigian L’Medina dan penilaian fisioterapi dari Episodes Physio Rehab.
.
Aktiviti promosi sempena bulan kemerdekaan untuk L’Medina Clinic Batu Pahat seperti perkhidmatan saringan alahan dan estetik dimana pelanggan akan mendapatkan satu sesi fisioterapi secara PERCUMA.
.
Tidak terkecuali, rangkaian Episodes Physio Rehab juga memperkenalkan harga promosi merdeka seperti potongan harga sebanyak 30% kepada pelanggan yang memakai pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang.
.
Team Episodes juga mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan terbaharu mereka iaitu techno-sport massage dengan harga permulaan yang akan tamat pada Oktober ini.
.
Pengunjung juga dapat merasai pengalaman menggunakan LOBOcop Head Massager yang memberikan kesan kelegaan yang merupakan fitura komplimen dalam perkhidmatan techno-sport massage.
.
Sesi meet and greet bersama Dr Siti Salmiah juga tidak melepaskan peluang untuk memberi baucar potongan harga kepada pengunjung yang datang ke booth klinik tersebut.
.
Menariknya lagi pemenang pakaian beragam dalam program itu diberikan hadiah istimewa oleh Klinik Pergigian L’Medina yang berupa pemeriksaan pergigian percuma, dan baucer potongan harga 30% rawatan fisioterapi kepada ibu bapa peserta. Menarik kan?
.