Episodes Physio Rehab

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang

Episodes Physio Rehab pada kali ini diundang khas oleh pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk menyertai pameran kesihatan sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat HEBHK Kluang pada 21 September 2023.
Objektif utama adalah untuk memberi penerangan tentang kepentingan fisioterapi dalam mencari alternatif perubatan selain memberi maklumat saluran bantuan kepada pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. Booth kami juga turut dikunjungi oleh Pengarah HEBHK, Dr Mohamad Nizam b. Hj Subahir yang turut berminat dengan pendekatan teknologi tinggi dalam merawat pesakit seperti strok, kecederaan otak atau saraf tunjang, dan yang berkeperluan rawatan fisioterapi lainnya (terapi cara kerja).
Pada masa yang sama, kami juga diundang untuk berkerjasama dalam program bersama pihak HEBHK kelak. Menariknya pihak kami juga turut menyumbang beberapa set hamper dan baucar untuk acara cabutan bertuah. Jabatan Rehabilitasi HEBHK turut memberi maklumbalas positif akan kerjasama bersama Episodes Physio Rehab Kluang.
Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti:
ℹ Pemeriksaan Fisioterapi PERCUMA
ℹ Demonstrasi rawatan dan peralatan ultrasonic/IFT
ℹ Pemberian baucar diskaun 30%
ℹ Acara cabutan bertuah
Semua peserta dan anggota yang terlibat turut menyokong dan menyambut baik program ini terutamanya di booth Episodes, yang menjadi medium dalam penyampaian kesedaran fisioterapi kepada masyarakat. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada HEBHK, dan diharap program ini dapat menjalinkan kerjasama antara dua pihak dalam menjaga kualiti kesihatan dan kebajikan pekerja.