Episodes Physio Rehab

HARI TERBUKA L’MEDINA CLINIC SRI SULONG

9 NOVEMBER 2024 – Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak: Menarik Minat Ibu Bapa

Episodes Physio Rehab dengan bangganya telah menyertai program Hari Terbuka L’Medina Clinic di cawangan Sri Sulong, Batu Pahat. Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk penilaian fisioterapi dan penilaian perkembangan kanak-kanak yang disediakan secara percuma untuk para pengunjung.

Penilaian perkembangan kanak-kanak yang disediakan oleh Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist) kami mendapat sambutan hangat, terutamanya dari ibu bapa yang datang dari kawasan luar bandar. Ramai ibu bapa mengambil peluang ini untuk menilai perkembangan anak-anak mereka, terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran seperti cerebral palsy, developmental delays, autisme, ADHD, masalah sensori, dan lambat bercakap. Ini adalah kali pertama perkhidmatan sebegini diperkenalkan di kawasan tersebut, memberi peluang kepada ibu bapa untuk lebih memahami keperluan anak-anak mereka dalam suasana yang profesional dan mesra. Episodes Physio Rehab juga memperkenalkan servis baharu pemulihan kanak-kanak di cawangan Kluang dan Masai. Di sini, kanak-kanak akan mendapat perhatian penuh melalui terapi yang direka khas untuk membantu perkembangan mereka. Dengan kepakaran yang ada, kami bertekad untuk membantu anak-anak mencapai potensi mereka dengan lebih baik.

Episodes Physio Rehab turut berhasrat untuk berkolaborasi bersama prasekolah di kawasan sekitar bagi menyediakan saringan perkembangan awal kanak-kanak. Program saringan ini dijangka akan mendapat sambutan meluas daripada para ibu bapa, memandangkan kesedaran yang semakin tinggi tentang kepentingan pengesanan awal bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan.

Pengunjung program juga mendapat manfaat daripada demonstrasi fisioterapi serta konsultasi percuma yang disediakan di booth tersebut. Fisioterapis juga memberikan panduan  dan berkongsi ilmu tentang rawatan yang sesuai untuk pelbagai masalah fizikal seperti sakit badan, tendonitis, carpal tunnel syndrome, slip disc, sakit sendi, dan trigger finger.

Hari Terbuka L’Medina Clinic Sri Sulong telah berjaya menjadi platform untuk memperkenalkan servis baru dari Episodes Physio Rehab. Kami berharap dapat terus memberikan manfaat kepada masyarakat setempat melalui perkhidmatan pemulihan kanak-kanak dan fisioterapi, membantu anak-anak kecil untuk berkembang dengan baik, dan menyokong ibu bapa dalam perjalanan mereka membesarkan anak-anak yang sihat dan seimbang. 

#episodesphysiorehab #showtime #childrehab #physiotherapy #health #wellness #children #event #program  #havoc #sportmassage