Program Saringan Perkembangan Kanak-Kanak Percuma di Skudai Sempena Karnival Jualan Akhir Tahun
Skudai, Johor – 20 Disember 2025
Sempena Karnival Jualan Akhir Tahun Menara Optometry, satu Program Saringan Perkembangan Kanak-Kanak Percuma di Skudai telah berjaya dianjurkan bertempat di Menara Optometry, Taman Universiti, Skudai. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pemantauan perkembangan kanak-kanak sejak usia awal, khususnya sebelum memasuki alam persekolahan.
Program ini dikendalikan oleh Cik Noratikah, seorang Occupational Therapist (OT) berpengalaman dari L’Pisodes Physiotherapy & Child Rehab cawangan Taman Univesiti, Skudai , yang memberikan saringan perkembangan kanak-kanak merangkumi aspek motor halus, motor kasar, tumpuan, tingkah laku dan kemahiran pembelajaran awal. Saringan ini berfungsi sebagai langkah awal bagi mengenalpasti sebarang kelewatan perkembangan (developmental delay) yang mungkin memerlukan intervensi lanjut.
Selain saringan, ibu bapa turut menerima konsultasi dan bimbingan secara langsung untuk memahami potensi, kekuatan dan keperluan perkembangan minda anak-anak mereka. Program ini berperanan sebagai platform penting sebelum kanak-kanak memulakan persekolahan, di mana pendedahan awal mampu membantu ibu bapa membuat perancangan intervensi yang lebih efektif dan tepat pada masanya.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan ibu bapa sekitar Skudai dan Taman Universiti, mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan intervensi awal, terapi kanak-kanak dan kesihatan perkembangan secara menyeluruh.
Sebagai nilai tambah, setiap pengunjung yang hadir menerima baucar rawatan fisioterapi berteknologi tinggi, selain diberi penerangan mengenai pelbagai perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Antara perkhidmatan yang diperkenalkan termasuk fisioterapi di Skudai, rehabilitasi kanak-kanak, sports massage untuk pemulihan otot dan kecederaan, serta program pengurusan berat badan berasaskan terapi dan teknologi moden.
Pihak L’Pisodes Physioterapy & Chiild Rehab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menara Optometry Taman Universiti atas jemputan dan peluang yang diberikan. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam menyokong perkembangan sihat dan kesejahteraan kanak-kanak dalam komuniti setempat.