Episodes Physio Rehab

TAKLIMAT KESIHATAN DAN PENJAGAAN DIRI PELAJAR MRSM BATU PAHAT

12 SEPTEMBER 2024 – TAKLIMAT KESIHATAN DAN PENJAGAAN DIRI PELAJAR MRSM BATU PAHAT
.
Penjagaan diri dan kesihatan amat penting dalam pembentukan personaliti seseorang remaja, apatah lagi bergelar sebagai seorang pelajar MRSM yang dikenali masyarakat dengan kualiti dan imej seorang pelajar yang berkarisma.
.
Baru-baru ini pihak MRSM Batu Pahat telah menjemput Dr Mohamad Syarif dan isteri, Dr Siti Salmiah untuk menyampaikan taklimat tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan diri pelajar.
.
Taklimat berikut dijalankan secara serentak namun berbeza lokasi bagi pelajar lelaki dan perempuan, yang masing-masing ditempatkan di dewan dan juga surau. Pelajar yang menghadiri taklimat kesihatan ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4. Antara perkongsian yang disajikan kepada pelajar-pelajar tersebut adalah berkenaan kesihatan menyeluruh fizikal dan mental, kepentingan hak kendiri, trending rokok dan vape, pendidikan seks dan implikasi media sosial dalam kalangan remaja.
.
Pelajar-pelajar seusia dini wajar didedahkan dengan informasi cabaran dunia semasa kerana ini merupakan langkah pertama mengenal erti kehidupan dan harus menyiapkan diri secara mental dan fizikal amnya. Pihak Pemasaran Alqarni Meditech Sdn Bhd berbesar hati dipanggil ke program tersebut dan membawa 3 nama ikonik iaitu L’Medina Clinic, Episodes Physio Rehab dan Klinik Pergigian L’Medina – Pakar Bedah Mulut.
.
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM BP, Pn Siti Rahil binti Ismail yang berpendapat bahawa taklimat yang dibawakan oleh Dr Syarif dan Dr Siti Salmiah itu amat mudah difahami oleh para pelajar, dan amalan penjagaan diri yang holistik dalam kalangan remaja perlu dititikberatkan dalam pembentukan modal insan yang cemerlang. Beliau juga berharap supaya Alqarni Meditech Sdn Bhd membawakan aktiviti-aktiviti menarik dan perkongsian ilmu kesihatan kepada warga kerja MRSM Batu Pahat.
.
#episodesphysiorehab #lmedinaclinic #showtime #physio #health #mrsmbp #event #program #batupahat #medicaltalk #modalinsan