Episodes Physio Rehab

UEM EDGENTA WELLNESS PROGRAM 2024

10 OKTOBER 2024 – UEM EDGENTA WELLNESS PROGRAM 2024


Usaha murni untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan pekerja, PMCare dan UEM Edgenta telah menganjurkan satu program kesihatan yang berlangsung di Pejabat Wilayah Selatan (Tol Yong Peng Utara). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pekerja mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan yang disediakan melalui perlindungan kesihatan mereka.


Antara tarikan utama program tersebut adalah booth yang dikendalikan oleh Episodes Physio Rehab (EPR), yang mengetengahkan beberapa perkhidmatan kesihatan utama. Booth tersebut memfokuskan kepada perkhidmatan Fisioterapi, Pemulihan Cara Kerja, dan Urutan Sukan Berteknologi, yang direka khas untuk membantu individu dengan pelbagai masalah fizikal.


Selain itu, Episodes Physio Rehab turut memperkenalkan perkhidmatan baharu mereka, Child Rehab, yang kini dibuka di cawangan EPR Taman Rinting, Masai. Perkhidmatan ini khusus untuk kanak-kanak yang memerlukan pemulihan fizikal akibat kecederaan atau masalah perkembangan. Selain itu, team EPR juga memperkenalkan cawangan baru akan dibuka di Bandar Baru Bangi pada pertengahan November 2024.


Pengunjung program juga mendapat manfaat daripada demonstrasi fisioterapi serta konsultasi percuma yang disediakan di booth tersebut. Para fisioterapis yang berkelayakan memberikan panduan tentang rawatan yang sesuai untuk pelbagai masalah fizikal seperti sakit badan, tendonitis, carpal tunnel syndrome, slip disc, sakit sendi, dan trigger finger.


Tidak ketinggalan, PMCare turut memberi penerangan mengenai manfaat perlindungan kesihatan yang mereka tawarkan kepada pekerja, yang termasuk rawatan fisioterapi. Ini memberi keyakinan kepada pengunjung bahawa mereka boleh mendapatkan rawatan profesional di bawah perlindungan insurans kesihatan yang sedia ada.


Program ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai pengunjung, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal melalui fisioterapi dan rawatan pemulihan yang lain.


#episodesphysiorehab #showtime #physio #health #pmcare #uemedgenta #event #program #havoc #sportmassage