Episodes Physio Rehab

HARI FISIOTERAPI PERINGKAT HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KALSOM, KLUANG

11 SEPTEMBER 2024 – HARI FISIOTERAPI PERINGKAT HOSPITAL ENCHE BESAR HAJJAH KALSOM, KLUANG
.
Jabatan Fisioterapi Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang telah menganjurkan Hari Fisioterapi peringkat HEBHK bertempat di Lobi Utama Hospital. Episodes Physio Rehab (EPR) turut serta dalam program tersebut dengan membuka booth perkhidmatan dan demonstrasi peralatan rehabilitasi.
.
Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk mempromosikan kesedaran tentang kepentingan fisioterapi dalam penjagaan kesihatan serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang manfaat fisioterapi. Pihak Jabatan Fisioterapi HEBHK turun menganjurkan funwalk yang disertai oleh lebih 50 orang petugas Hospital yang terdiri dari pelbagai Jabatan.
.
Hari Fisioterapi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hospital, Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad, manakala wakil EPR dan KPJ Kluang diberi mandat untuk meluncurkan acara funwalk pada pagi tersebut. EPR juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan perkhidmatan yang akan dilancarkan iaitu Pemulihan Kanak-Kanak (Child Rehab) yang akan dibuka di cawangan Kluang dan Taman Rinting, Masai bermula November ini.
.
Pendekatan pemulihan kanak-kanak sekaligus memberi platform baharu dalam bidang pemulihan di EPR khasnya. Hal ini kerana, EPR dapat memfokuskan rawatan pemulihan dalam masalah kanak-kanak seperti cerebral palsy, kelewatan perkembangan, autisme dan masalah memproses rangsangan.
.
Selain itu, di EPR juga turut memperkenalkan servis urutan sukan berteknologi (techno-sport massage) dan demonstrasi pemakaian mesin urutan kepala (LOBOcop) yang menjadi tumpuan pada program tersebut. Pendekatan pemulihan kanak-kanak, rawatan sesuai untuk golongan dewasa dan warga emas, dan golongan kurang berkemampuan sekaligus memberikan satu aras ekslusif dimana EPR mampu memberikan perkhidmatan pemulihan dengan spektrum usia meluas, dan pastinya menginsankan teknologi rehabilitasi kepada masyarakat.
.
“Pihak Unit Fisioterapi dan HEBHK amat berbesar hati dengan kehadiran Episodes Physio Rehab dalam program ini kerana entiti ini merupakan pusat pemulihan menyeluruh dengan menawarkan perkhidmatan meluas dan menggunakan pendekatan teknologi canggih dalam rawatan dengan harga yang berpatutan,” jelas Cik Atikah Mokhtar yang merupakan Ketua Unit Fisioterapi HEBHK.
.
#episodesphysiorehab #showtime #physio #health #kluang #event #program #hebhk #childrehab #sportmassage