PROGRAM KESIHATAN DAN KOMUNITI - BALAI ISLAM TAMAN INDUSTRI SERI SULONG
2 JUN 2024 | BAWA SEKAMPUNG UNTUK ORANG KAMPUNG
Team Alqarni Meditech membawa perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada warga Taman Sri Sulong dan kampung-kampung berdekatan. Antara entiti yang terlibat adalah Klinik L’Medina Sri Sulong, Episodes Physio Rehab dan Klinik Pergigian L’Medina.
Pengunjung-pengunjung program menerima manfaat seperti pemeriksaan gula dan tekanan darah percuma selain menerima berita gembira, perkhidmatan estetik di Klinik telah bermula.
Penilaian dan pemeriksaan fisioterapi turut mendapat sambutan dalam kalangan komuniti kerana ramai yang mengalami masalah sakit badan, waris atau keluarga penghidap strok dan pasca-kemalangan. Selain itu, pemeriksaan gigi secara percuma turut diadakan secara terbuka dari kanak-kanak hingga warga emas.
#episodesphysiorehab #lmedinaclinic #klinikpergigianlmedina #showtime #physio #health #dental #aesthetics #komuniti #srisulongbest #lurve