Episodes Physio Rehab

27 SEPTEMBER 2024 – RHB COMMUNITY DAY RHB TAMAN FLORA UTAMA

27 SEPTEMBER 2024 – RHB COMMUNITY DAY
RHB TAMAN FLORA UTAMA telah menjemput team Alqarni Meditech untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan menyeluruh kepada semua staf, pelanggan dan orang awam dalam program Hari Komuniti RHB. Antara entiti yang terlibat adalah L’Medina Clinic, Episodes Physio Rehab dan Klinik Pergigian L’Medina. 

Antara aktiviti yang kami jalankan pada program itu adalah pemeriksaan kesihatan percuma, sesi meet and greet bersama Dr Siti Salmiah yang merupakan doktor pakar bedah mulut dan maksilofasial Klinik Pergigian L’Medina dan sesi demontrasi LOBOcop dan teknologi fisioterapi dari Episodes Physio Rehab. Aktiviti promosi turut diadakan seperti edaran baucer perkhidmatan fisioterapi. 

Team Episodes juga mengambil peluang untuk memperkenalkan perkhidmatan terbaharu mereka iaitu techno-sport massage dan pengunjung juga dapat merasai pengalaman menggunakan LOBOcop Head Massager yang memberikan kesan kelegaan yang merupakan servis komplimen dalam perkhidmatan techno-sport massage.

 
#episodesphysiorehab #lmedinaclinic #klinikpergigianlmedina #showtime #physio #health #dental #rhbcommunityday #rhbtamanflorautama #event #program #batupahat