Episodes Physio Rehab

SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA @ WELLNESS HUB BATU PAHAT

05-06 OKTOBER 2024 – SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA @ WELLNESS HUB BATU PAHAT


YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar wakil rasmi YAB Menteri Besar telah merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas Sedunia JKNJ, Peringkat Negeri Johor 2024 pada 5-6 Oktober 2024 di Wellness Hub Batu Pahat. Oleh itu, Episodes Physio Rehab (EPR) tidak melepaskan peluang dalam menyokong usaha dan objektif program iaitu mempromosikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

 Antara aktiviti yang dilakukan oleh team EPR adalah edaran flyer kepada pengunjung dan mengetengahkan perkhidmatan fisioterapi & pemulihan cara kerja. Selain memperkenalkan perkhidmatan dengan spektrum meluas dari seawal kanak-kanak sehingga warga emas, EPR turut memperkenalkan perkhidmatan barunya di iaitu Pemulihan Kanak-kanak (Child Rehab) yang kini tersedia di cawangan Taman Rinting.

 Pengujung juga berminat untuk mencuba LOBOcop, mesin urutan kepala yang menjadi signifikan dalam perkhidmatan urutan tekno-sukan. Ramai antara pengujung juga kelihatan tertarik dengan pakej Pengurusan Berat Badan yang menggunakan pendekatan teknologi canggih dengan keterjaminan keselamatan pengguna melalui pemantauan Pegawai Perubatan L’Medina Clinic.


#episodesphysiorehab #lmedinaclinic #showtime #physio #health #wellnesshub #event #program #batupahat